Tip dalam hal insurans hayat ini sangat berguna supaya anda tidak membazirkan wang untuk membeli polisi yang tidak perlu.Sebelum membeli insurans hayat, anda kena pastikan dulu anda perlu ke tidak untuk mendapatkan polisii nsurans hayat ni.
Anda boleh membaca entri berkaitan insurans hayat - perlu ke tidak sebagai panduan untuk menentukan anda masuk dalam kategori mana sebab tak perlulah anda ambil insurans hayat jika anda memang tidak memerlukannya.
Jangan bazirkan wang anda sekalipun anda mempunyai banyak wang. Sila laburkan di tempat lain supaya anda boleh memaksimunkan pulangannya.
Anda boleh membaca entri berkaitan insurans hayat - perlu ke tidak sebagai panduan untuk menentukan anda masuk dalam kategori mana sebab tak perlulah anda ambil insurans hayat jika anda memang tidak memerlukannya.
Jangan bazirkan wang anda sekalipun anda mempunyai banyak wang. Sila laburkan di tempat lain supaya anda boleh memaksimunkan pulangannya.
Insurans hayat - tip mendapatkan polisi |
Tip Membeli Polisi Insurans Hayat
Tip untuk membeli polisi insurans hayat yang sesuai dengan anda di kongsikan supaya anda tidak membazir dan membeli polisi yang anda perlukan sahaja. Anda juga boleh cuba mendapatkan perlindungan yang banyak dengan membayar premiun yag rendah sekiranya anda tahu, polisi mana yang anda perlukan.Tip membeli polisi insurans hayat di Malaysia:
Jangan membeli polisi insuran hayat kerana desakan – ini sering berlaku, biasa untuk mengambil hati kawan ataupun bosan melayan ejen insurans menganggu anda. Seringkali polisi insurans di jual secara mendesak dengan mengambil kesempatan daripada persahabatan, bukan berdasarkan nasihat professional. Ini adalah gambaran buruk terhadap ejen insurans di Negara kita.
Insurans hayat dengan perlindungan terbaik – carilah polisi insurans hayat yang memberi keutamaan kepada berapa banyak yang kita perolehi apabila kita mati bukannya berapa banyak yang kita perolehii ketika hidup.
Insurans adalah simpanan paksaan – anda perlu hati-hati mengenai jumlah yang anda akan perolehi pada masa hadapan. Angka menarik yang di berikan hanya ramalan, bukannya jaminan. Jadi tiada apa-apa yang anda boleh lakukan jika ia kemudiannya bertukar menjadi semakin kurang.
Pastikan polisi insurans hayat yang mampu bayar – jangan membebankan kewangan keluarga dengan polis insurans hayat yang tak mampu anda bayar. Kalau perlukan insurans hayat, pastikan polisi yang di ambil sesuai dengan pendapatan keluarga anda. Jangan mudah terpedaya dengan ejen yang mendapat komisen daripada premium yang anda bayar, bukan untuk menjaga kepentingan anda.
Ejen akan mengatakan polisinya terbaik – setiap ejen isurans hayat akan mengatakan polisinya yang ditawarkan syarikat insuransnya adalh terbaik. Cari polisi yang sesuai dengan keluarga anda. Cara terbaik ialah, biarkan ejen A melihat polisi yang di cadangkan ejen B dan biar ejen B melihat kelemahan polisi insurans hayat yang di tawarkan oleh ejen A.
Fakta mengenai insurans hayat ialah anda tidak memerlukan polisi insurans hayat jika anda mepunyai kedudukan kewangan yang kukuh iaitu keluarga anda tidak mengalmi kesempitan hidup jika anda meninggal atau jika jika anda tidak mempunyai sebaranag tangunggan.
Sila like fan page kami jika anda mendapat sesuatu yang berguna di sini.
0 Komen:
Catat Ulasan