Home » , » Polisi Insurans Manakah Yang Perlu Di Beli?

Polisi Insurans Manakah Yang Perlu Di Beli?

Bagi insurans hayat yang telah di bincang kan dalam entri insurans hayat – perlu ke tidak, anda sudah tahu anda perlukan polisi insurans hayat ke tidak.

Jika anda jatuh dalam golongan yang memerlukan polisi insurans hayat, anda lebih baik ketahui dulu mengetahui jenis-jenis polisi insurans yang tedapat dalam dunia insurans di Malaysia.

Polisi yang baik untuk ejen insurans tidak semestinya baik untuk anda kerana ejen insurans lebih berminat untuk mendaoat komisen yang tinggi. Komisen adalah berdasarkan premium, lebih tinggu premium yang anda bayar untuk beli polisi insurans, lebih tinggilah komisen yang ejen dapat.

Jenis-jenis polisi insurans


Pada dasarnya terdapat 3 jenis polisi insurans ( insurance policy ) iaitu:

Insurans bertempoh – polisi ini adalah mengenai perlindungan semata-mata dan inilah yang terbaik dan inilah yang maksudnya di sebalik insurans. Di bawah insurans bertempoh, anda akan membeli insurans untuk melindungi keadaan seperti kecacatan kekal, kematian, penyakir serius atau sebarang kemungkinan lain.

Jika berlaku sebarang perkara dalam tempoh yang di tetapkan, polisi insurans akan membayaranya. Jika tiada apa-apa berlaku, anda tidak akan mendapat apa-apa di akhir tempoh insurans.

Insurans nilai tunai ( polisi kekal ) – keluarga anda akan mendapata wang jika anda meninggalkan dunia dan anda akan mendapat wang juga jika anda masih hidup. Nampak macam menarik kan polisi jenis ini tetapi jangan terburu-buru.

Anda boleh dapatkan balik wang anda kerana sebahagian daripada wang anda bayar polisi adalah simpanan dan lainnya sebagai perlindungan hayat.Contohnya, polisi insurans itu adalah polisi pembiayaan dan sepanjang hayat. Perbezaan antara polisi pembiayaan dan sepanjang hayat ialah pembiayaan melayakkan premium yang tinggi dalam tempoh yang singkat.

Polisi berkaitan pelaburan – melabur dalam unit amanah pilihan. Polisi jenis ini berisiko kerana jumlah wang yang anda dapat kembali bergantung kepada turun naik harga unit amanah / unit trust.
Bergantung kepada jenis polisi yang anda ambil, ia seperti anda melabur dalam syarikat insurans dan mendapat perlindungan hayat secara tak langsung.

Teruskan bacaan anda dengan fakta mengapa anda perlukan polisi insurans bertempoh.


Terima kasih kerana membaca Polisi Insurans Manakah Yang Perlu Di Beli?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan

Featured post

Tip buat kerja separuh masa di rumah

Terdapat banyak cara untuk membuat kerja secara full time ataupun secara separuh masa di rumah. Dan dah ramai yang berjaya dan ramai juga...