Pada suatu hari, anda di datangi oleh ejen
insurans dan memberitahu bahawa anda perlukan mempunyai polisi insurans hayat.
Sesetengah apa yang di cakapkan itu benar dan sesetengahnya tidak benar.
Ada golongan yang memerlukan insurans hayat
da nada golongan yang tidak memerlukan insurans hayat. Anda dalam golongan yang
mana?
Jangan merasa takut kalau tiada polisi
insurans hayat, orang kat kampong pun tiada apa-apa insurans hayata.
Insurans Hayat Untuk Siapa?
Kalau kita bercakap tentang insurans, ramai
kawan-kawan kita yang mengambil polisi insurans termasuklah insurans hayat.
Sebenarnya tidak semua orang memerlukan insurans hayat. Jangan hanya membazir
bayar polisi insurans tetapi sebenarnta anda tidak memerlukannya pun.
Ada golongan yang memerlukan insurans hayat
ni, anda dalam golongan yang mana?
Lelaki berkeluarga – mungkin paling perlu
insurans hayat
Biasanya pencari nafkah dalam keluarga
ialah lelaki. Lelaki ini memerlukan insurans hayat jika isterinya tidak bekerja
untuk perlindungan isterinya jika apa-apa menimpanya.
Juga untuk anak-anak sehinggalah anak itu
dewasa sahaja, contohnya hingga anaknya mula bekerja. Hingga itu sahaja polisi
insurans yang lelaki itu perlukan.
Jika tiada anak dan isteri bekerja, lelaki
itu tidak memerlukan insurans hayat. Jangan keliru dengan fakta ini. Insurans
haya ialah insurans yang di perlukan untuk melindungi orang di bawah jagaan
kita jika kita tiada. Jika isteri bekerja, dia boleh dan anak-anak juga
bekerja, anda tidak memerlukan insurans hayat.
Isteri – mungkin perlu insurans hayat
JIka pasangan yang berkahwin dan tiada anak
dan suami adalah pencari nafkah, isteri tidak memerlukan polisi insurans hayat
untuk dirinya.
Tetapi
jika mempunyai anak dan pasangan itu bekerja di mana pendapatan mereka
penting untuk pendapatan keluarga, isteri mungkin perlu menimbang untuk membeli
polisi insurans hayat. Perlindungannya tidaklah setinggi suaminya jika beliau
tidak menyumbang banyak kepada pendapatan keluarga.
Kanak-kanak – tidak perlu insurans hayat
Kanak-kanak tiada tangunggan, jadi kanak-kanak
tidak memerlukan insurans hayat. Tetapi ejen insurans akan mengatakan bahawa
membeli insurans untuk kanak-kanak semasa kecil bermaksud simpanan premium dan
memastikan jaminan kewangan apabila dewasa kelak.
Premium bergantung kepada umur pemegang
polisi insurans. Lebih tua seseorang itu, lebih tinggilah premiumnya kerana
seseorang itu meninggal dunia seiring dengan peningkatan usianya. Oleh itu,
ketika anda mula membeli insurans pada umur muda, premiumnya adalah rendah
kerana tidak mungkin syarikat insurans akan membuat bayarannya.
Tetapi daripada sudut pandangan keluarga ia
bermakna pembaziran wang tahun demi tahun untuk insurans yang tidak perlu.
Memandangkan risikonya kecil, insurans hayat tidak di perlukan bagi kebanyakkan
kanak-kanak.
Orang bujang – tidak perlu insurans hayat
Sekiranya anda hanya menangung diri
sendiri, anda tidak memerlukan polisi insurans hayat. Tetapi jika anda. Tetapi
jika anda menangung keluarga anda, polisi insurans hayat mungkin perlu.
Semuanya bergantung kepada sama ada keluarga anda benar-benar bergantung kepada
pendapatan anda.
Sila pastikan anda masuk golongan mana supaya anda tidak membazirkan wang setiap bulan untuk membayar premium insurans hayat.
Sila like fb kami untuk mendapat info-info seperti ini.
Sila like fb kami untuk mendapat info-info seperti ini.
erm... kalau tak perlu, tak payah pun takpe kan.
BalasPadam