Home » » Polisi Insurans Nilai Tunai – Jangan Terpedaya Dengan Ejen Insurans

Polisi Insurans Nilai Tunai – Jangan Terpedaya Dengan Ejen Insurans

Sebelum ini kita dah membincangkan mengenai sebab pertama kenapa ejen insurans cuba untuk mempengaruhi anda supaya ambil polisi insurans nilai tunai daripada polisi insurans bertempoh walaupun polisi insurans bertempoh lebih baik untuk anda.

Seperti yang telah di terangkan, polisi insurans bertempoh adalah yang sesuai untuk anda jika anda memerlukan polisi insurans. Macam mana nak tahu anda perlu polisi insurans ke tidak? Anda boleh baca perbincangan mengenai insurans hayat – perlu ke tidak yang telah di bincangkan dengan panjang lebar.

Kenapa ejen insurans cuba mempengaruhi anda supaya mengambil polisi insurans nilai tunai? 


Sebabnya ialah kita kena bayar premium yang tinggi dan komisen ejen insurans dapat lebih banyak.

Ok, sekarang kita akan membincaangkan pula sebab kedua kenapa ejen insurans cuba mempengaruhi anda supaya mengambil polisi insurans nilai tunai dan bukan polisi insurans bertempoh.

Ejen insurans akan mengatakan bahawa:

Polisi insurans nilai tunai bertindak sebagai paksaan simpanan untuk hari tua anda sebab manusia susah untuk membuat simpanan sendiri.

Anda mungkin mempunyai ketahanan untuk membuat simpanan sendiri, siapa tahu kan. Tak semua orang tidak mempunyai komitmen untuk membuat simpanan sendiri.Perlu di ingat bahawa terdpat banyak kes di mana ramai yang tidak mampu membayar premium dan gagal membayar premium insurans nilau tunai menyebabkan polisi nilai tunai di katakan luput.

Polisi  di katakan luput apabila pembatalan di buat dalam 3 tahun pertama insurans itu di ambil sebelum ia mencapai sebarang nilai tunai. Polisi insurans  yang luput adalah tidak berguna nak membazirkan wang anda.

Apabila polisi luput seperti di atas, terdapat kadar perampasan iaitu kadar di mana polisi luput kerana tidak membayar premium yang tinggi, sebagai contohnya pada tahun 2007, kadar perampasan ialah sebanyak 22.5%.

Sesetengah  sebab untuk kadar perampasan ini ialah anda membeli polisi yang di mana premiumnya terlalu tinggi atau anda di desak supaya membelinya padahal anda tidak memerlukannya, dengan itu tidak mengambil kisah untuk membayar premiumnya yang tinggi.

Jika anda mempunyai wang yang lebih, lebih baik untuk anda menyimpannya tetapi bukan di dalam insurans. Anda boleh minta isteri anda simpan, anda boleh masukkan dalam akaun bank anak anda ataupun anda boleh masukkan dalam akaun persaraan anda.

Daripada rugi tak tentu pasal sebab insurans, berhati-hatilah dalam membeli polisi insurans. Jangan hanya anda malu sebab kawan ada insurans, anda pun beli juga polisi insurans.


Terima kasih kerana membaca Polisi Insurans Nilai Tunai – Jangan Terpedaya Dengan Ejen Insurans. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan