Home » , , » Fakta Tentang Penyakit Resdung Hasil Pengalaman Sendiri

Fakta Tentang Penyakit Resdung Hasil Pengalaman Sendiri

Cara Untuk Mengurangkan Gejala Resdung. Sekaran ni kan apa yang saya perhatikan ramai orang kena resdung. Iya resdung yanag bersin-bersin tak ingat dunia bunyinya tuh.

Ada yang kata ada ular dalam hidung le, ada yang kata lama hidung ropong, betul ke semua tu? bagi saya, resdung ni tiada ubatnya, Kita hanya boleh mengawal sahaja gejala resdung ni. Untuk sembuhkan penyakit resdung dengan ubat-ubatan rasanya sangat mushkil kecuali dengan pembedahan.

Kadang-kadang bagi penyakit resdung ni bleh bagi malu pun ada juga apabila anda bersin kuat0kuat di tempat orang ramai sebab anda memang tak boleh nak kontrol kalau terasa nak bersin. Bukan seperti orang normal.

Penyakit Resdung Yang Anda Kena Tahu


Ada ramai orang bagi pendapat, doktor pun ada bagi panduan tetapi yang saya nak kongsikan ini ialah pengalaman saya sendiri tentang resdung ni.

Bangun pagi mesti bersin - bangun pagi-pagi mesti akan bersin. Samaada tersu bersin apabila bangkit dari tidur, masa nak mandi pagi ataupun ketika nak pakai bedak bersiap-siap pergi kerja. Kalau tak bersin tidak sah bagi orangyang kena penyakit resdung. Bersin pula banyak kali, biasanya lebih daripada 3 kali.

Alah kepada seafood - ooo yang ni memang pantang, cepat je kesannya terutamanya kalau seafood seperti udang, sotong dan kerang yang dah lama, Kalau yang fresh ok sikit. mana boleh tak makan seafood kan kita kat Malaysia ni. Jadi kena kurangkan makan seafood, terpaksa berkorban. Ada orang buat, lepas makan seafood, telan ubat. Boleh jugak le untuk sementara waktu.

Banyak makanan yang anda akan alah - selain seafood. anda akan alah kepada makanan berasid seperti buah limau, air bergas, makanan ringan yang masin-masin dan air-air kordial, Cuba elakkan benda-benda macam ni.

Habuk musuh no. 1 - habuk ada di mana-mana. Habuk kat sini mungkin juga sebab pengunaan fabrik untuk langsing, cadar dan tuala. Elakkan kain-kain yang di buat daripada cotton sebab kain cotton ni akan tercabut benangnya kecil-kecil dan berterbangan dalam bilik terkurung. Cuba bayangkan anda tidur dalam keadaan habuk setiap hari tanpa anda sedari. Lama-lama anda akan kena resdung. Ini punca utamanaya dalam jangka masa panjang.

Nafas berbau- nafas anda akan berbau, serius. Mungkin anda tak dapat bau tetapi orang di sekeliling anda akana mengesan bau agak busuk,

Itulah antara fakta-fakta tebtang gejala resdung ni. Nanti saya akan berkongsi lagi.



Terima kasih kerana membaca Fakta Tentang Penyakit Resdung Hasil Pengalaman Sendiri. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen: