Home » , » Polisi Insurans Bertempoh – Baik dan Buruknya

Polisi Insurans Bertempoh – Baik dan Buruknya

Kenapa anda memerlukan polisi insurans bertempoh? Senang sahaja, kerana polisi insurans bertempoh memberi perlindungan dan kos yang rendah tetapi anda tidak mendapat apa-apa wang jika tiada sebarang kecelakaan berlaku dalam tempoh insurans. Inilah makna sebenar insurans.

Ketika anak-anak masih kecil, wang insurans haruslaah mencukupi untuk menanggung mereka selama 20 tahun. Kenapa membayar perlindungan rm50,000 di bawah polisi insurans nilai tunai apabila anda boleh membayar premium yang sama tetapi anda mendapat perlindungan rm100,000 di bawah polisi insurans bertempoh.

Dengan premium yang tinggi untuk polisi insurans nilai tunai, anda mungkin mendapati tidak mampu untuk membayar premium atau terpaksa bersetuju dengan jumlah insurans yang lebih rendah.

Jurujual tidak galakkan insurans bertempoh


Ejen insurans pasti bersetuju polisi insurans bertempoh bayaran premiumnya rendah tetapi ejen mungkin tidak mengalakkan anda mengambil polisi insurans tersebut dengan memberikan beberapa alasan seperti syarikat insurans akan lebih tegas dengan polisi tersebut dan juga anda akan mendapat beberapa kelebihan lain dengan polisi nilai tunai.

cheap insurance policy


Beberapa alasan yang di berikan oleh ejen insurans supaya anda ambil polisi nilai tunai ialah:

Polisi insuran bertempoh membazir kerana anda tidak akan mendapata apa-apa daripadanya – hakikatnya anda tidak mendapat apa-apa sepanjang tempoh insurans walaupun anda membayar premium setiap bulan tidak bermakna iainya satu pembaziran.

Jika menggunakan alasan yang sama, tidakkah ini bermakna anda tidak harus di galakkan membeli polisi insurans kebakaran kerana anda tidak akan mendapat wang kembali jika rumah anda tidak terbakar? Cuba fikir-fikirkan.

Di sebabkan premium polisi insurans bertempoh lebih rendah daripada premium polisi insurans nilai tunai, perbezaan bayaran premium itu boleh di laburkan. Oleh itu adalah tidak benar untuk mengatakan anda tidak mendapat apa-apa pulangan pun.

Anda mungkin mendapat keuntugan lebih daripada pelaburan anda berbanding dengan wang yang anda dapat dari polisi insurans nilai tunai. Bergantung kepada apa jenis pelaburan anda.

Wang daripada polisi insurans nilai tunai pula, mungkin tidak sama jumlahnya dengan apa yang di anggarkan pada asalnya ( sewaktu anda sign untuk ambil insurans ), katakana 20 tahun dulu. Ia bergantung kepada prestasi kewangan syarikat tersebut sepanjang tempoh insurans tersebut. Tiada apa yang boleh di lakukan memandangkan biasanya terdapat kenyataan yang menyatakan nilai tunai sebenar tidak dijamin tetapi berasakan anggaran pulangan sahaja.


Terima kasih kerana membaca Polisi Insurans Bertempoh – Baik dan Buruknya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan

Featured post

Tip buat kerja separuh masa di rumah

Terdapat banyak cara untuk membuat kerja secara full time ataupun secara separuh masa di rumah. Dan dah ramai yang berjaya dan ramai juga...