Home » » Tip bercuti di Legoland Malaysia Nusajaya Johor

Tip bercuti di Legoland Malaysia Nusajaya Johor

Ramai yang suka bercuti di tempat-tempat permainan seperti Legoland Nusajaya Johor terutamanya masa cuti sekolah. Sebab tempat-tempat seperti ini banyak aktiviti boleh di buat bersama keluarga. Salah satu tempat percutian yang kian meningkat naik ialah Legoland Nusajaya Johor. Legoland bukan berada di Johor Bharu ya tapi di Nusajaya lebih kurang 20-30 minit daripada Johor Bharu.

Terdapat dua jenis taman teman kat sini iaitu taman tema air dan satu lagi taman tema yang kita boleh main macam-macam aktiviti lain. Anda boleh beli tiket untuk dua-dua taman tema dalam satu tiket ( harga lebih murah ) ataupun anda boleh beli salah satu tiket sahaja. Selain dari Legoland, anda juga boleh ke Johor Premium Outlet di dalam perjalanan anda.

legoland malaysia nusajaya johor

Tip bercuti di Legoland Nusajaya Johor


1. Tempahlah sekali dengan hotel Legoland - hotel Legoland ni berada jarak jalan kaki sahaja dengan Legoland. Anda tidak perlu untuk naik kenderaan jika berada di hotel Legoland dan hendak ke taman-taman tema Legoland tetapi harganya sudah tentulah lebih mahal. tetapi jika anda mampu, apa salahnya kan. Bila-bila masa semasa berada di hotel Legoland tersebut, anda boleh masuk ke taman tema.

hotel legoland malaysia nusajaya johor


2. Satu taman tema unuk satu hari - ada dua taman tema - air dan bukan air. Jika anda beli tiket combo ( untuk kedua-dua taman tema ), anda tidak rilek dan kena cepat-cepat untuk cuba semua aktiviti di Legoland. Jadi untuk lebih rilek ( sebab tengah bercuti, kena rilek-rilek skit ), satu hari untuk satu taman tema sahaja seperti taman tema air untuk satu hari sahaja. Tidak semestinya anda berendam satu hari kan. Jika beli tiket untuk dua-dua taman tema, anda tak akan sempat memaksimakan tiket tersebut. Satu kerugian bagi pihak anda di sebabkan anda telah bayar untuk semua aktiviti tersebut.

legoland malaysia nusajaya johor taman tema air


3. Park guna touch n go - ini lagi senang. Sekali masuk parking, rm10. Anda gunakan sahaja touch n go anda, jimat masa anda untuk bayar tiket parking. Parking sangat luas, macam padang tetapi hati-hati sebab ada kejadian pecah kereta. Barang-barang yang hendak di tinggalkan dalam kereta, simpan kat bonet kereta.

legoland malaysia nusajaya johor filem 4d


4. Untuk baby/budak kecil, bawa stroller - kena bawak troller sebab kawasan Legoland ni luas. Bawak stroller nanti anda boleh tolak stroller tu. Jika tidak anda kena la dukung la anak anda. Nak sewa stroller, mahal la pula.

legoland malaysia nusajaya johor roller coster


5. Makanan di Legoland - baik bawak sendiri- Banyak restoran dalam tu tetapi sudah tentulah mahal. Makanan seperti roti, air, boleh bawak sendiri letak dalam beg. Jangan bawa beg banyak-banyak. Ada loker di sediakan untuk di sewa - rm20 untuk loker kecil dan rm40 untuk loker besar. Bawa makanan letak dalam beg boleh je lepas masuk. Diorang tak check pun.

legoland malaysia nusajaya johor food


6. Ambil gambar - kalau anda masuk taman tema air, sebaiknya anda belilah plastik untuk letak smartphone anda tu, selamat skit sebab smartphone tu tak basah. Kalau tak, susah le sikit nak ambil gambar takut kena air kan.

legoland malaysia nusajaya johor replika


7. Jalan kaki dari parking ke Legoland - ini pun agak jauh jugak la dengan bawa barang-barang lagi. Anda kena ambil kira ini juga terutamanya untuk budak-budak kecil kan. Kalau tinggal kat hotel Legoland tiada masalah ini.

legoland malaysia nusajaya johor keretapi


8. Beli produk Legoland - kat dalam legoland, ada kedai yang jual barang-barang Legoland ni. Sediakan duit sahaja. Jika belian lebih rm100, anda boleh dapat free gift produk Legoland untuk di bawa pulang.

legoland malaysia nusajaya johor academy


Selamat bercuti di Legoland Nusajaya Johor. Kami akan tambah tip-tip bercuti di Legoland yang lain dari semasa ke semasa.

9. Water Splash Ride - yang ni jangan naik kalau taknnak seluar dan baju basah. Macam naik kereta yang berpusing-pusing di atas air kolam.

legoland malaysia water splash ride


Ada ketikanya anda kena lalui tempat yang di curahkan air. Memang tak boleh elak basah, confirm basah baju dan seluar dan tidak selesa untuk pakai. Kalau ada pakaian lebih, boleh try.

10. Jika anda gayat - kat sini permainan memang macam-macam. Jika anda gayat, anda sudah pasti cuba elakkan naik dragon tu dan juga perahu besar tuh.



Gayat ooo, jika anda gayat, awas ya mainan ni. Cuba la kalau berani. Nak jatuh jantung rasanya.



Terima kasih kerana membaca Tip bercuti di Legoland Malaysia Nusajaya Johor. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan