Home » , , , » Unit Trust Public Mutual - Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )

Unit Trust Public Mutual - Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )



Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) merupakan salah satu lagi dana terbaik oleh Unit Trust Public Mutual Berhad.  Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) di lancar pada tahun 2006 dan tahun kewangannya berkahir pada 30 April setiap tahun.

Objektif Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) ialah untuk memberi pulangan dividen yang tinggi untuk para pelabur. Dan  perlu di ingat, PIDF bukanlah dana untuk pertumbuhan modal ( perbezaan harga beli dan harga jual yang tinggi ).

Kalau anda mahukan dividen setiap tahun yang tinggi, anda boleh melabur di dalam Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ). Mari kita buat kajian, betul ke salah satu dana Public Mutual ni boleh memberikan pulangan keuntungan yang tinggi kepada para pelabur?

Keuntungan Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )


Prestasi keuntungan Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) sangat memberangsangkan di mana dana unit trust Public Mutual ini telah memberikan keuntungan:

  • % Jumlah pulangan sejak penubuhan = 152.50
  • % Pulangan tahunan sejak penubuhan=11.06

Keuntungan Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )
Prestasi dana PIDF 2014
Melabur dalam unit trust Islamik

Maka bolehlah di katakana, Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) ni berpotensi untuk memberi keuntungan kepada pelaburnya sebanyak 11.06% setiap tahun tetapi harus di ingat bahawa prestasi masa lampau tidak mengambarkan keuntungan/kerugian dana unit trust pada masa hadapan. Itu hanya panduan sahaja.

Pelaburan Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )


Di manakah dana PIDF ini di laburkan? Mesti anda nak tahu kan. Ini penting sebab jika syarikat di  mana PIDF mempunyai pegangan untung, maka dividen yang anda akan dapat juga tinggi.

PIDF ini di laburkan di dalam syarikat-syarikat seperti:

  • Tenaga Nasional Berhad
  • Axiata Group Berhad
  • Sime Darby Berhad
  • Digi.com Berhad
  • Telekom Malaysia Berhad

unit trust public mutual pidf saham
Syarikat di mana dana PIDF mempunyai pegangan saham

Keuntungan Tahunan Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF )



Dana Unit Trust Public Mutual ini memberikan keuntungan paling tinggi pada tahun 2007 iaitu sebanyak 40.69% dan kerugian paling banyak ialah pada tahun 2009 iaitu 14.51%. Saya hairan bagaimana dana yang dalam kategori berisiko sederhana ini boleh memberikan pulangan yang tinggi seperti dana yang berisiko tinggi.

untung tahunan unit trust public mutual pidf

Kalau mengikut kepada jumlah keuntungan tahunan, dana Unit Trust Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ) adalah lebih baik daripada keuntungan dana Public Dana Ittikal ( P Ittikal ).

Banyak juga info yang saya kongsi tentang salah satu dana unit amanah Public Mutual ni. Tetapi  jika anda mahukan info lebih banyak, sila dapatkan Tips Unit Trust ini supaya anda lebih mahir dalam unit trust dan boleh memaksimunkan pelaburan anda.

Panduan ini juga sesuai untuk ejen unit trust untuk menambah ilmu dan juga untuk pelabur unit trust yang masih tak berapa faham tentang unit trust. Jangan harapkan ejen unit trust anda sahaja, anda juga boleh membaca dan mendapat ilmu tentang  unit trust public mutual ini supaya ejen anda boleh bekerja untuk duit pelaburan anda.



Terima kasih kerana membaca Unit Trust Public Mutual - Public Dana Islamic Dividend ( PIDF ). Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen:

  1. Thanks for sharing to blog owner. Ya ia juga bermanfaat buat UTC seperti saya. Setuju bahawa PIDF adalah salah satu dana terbaik Public Mutual boleh dipilih untuk menceburkan diri dalam pelaburan jangka masa panjang ini.
    .
    Mari semua melabur dengan Public Mutual & nikmati keuntungan minimum dalam 9%-15% setahun. Syariah compliance fund 100% is available. Suitable for long term investment only at least more than 5 years.
    .
    Boleh hubungi saya jika ada pertanyaan atau berminat. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    BalasPadam