Home » , » Belum Rainforest Resort – Gateway To Nature

Belum Rainforest Resort – Gateway To Nature

Bercuti di Belum Rainforest Resort. Biasa kalau bercuti anda akan pergi bercuti di tempat menarik seperti pantai, taman tema dan juga tempat-tempat menarik yang lain kat Malaysia. Kalau search tempat-tempat menarik di Terengganu atau tempat-tempat menarik di Sabah, mesti akan jumpa tempat-tempat bercuti di tepi-tepi pantai kan.

Memang seronok bercuti di tepi pantai nih, tidak di nafikan. Tetapi pernahkan korang terfikir untuk bercuti di hutan. Belum Rainforest Resort satu tempat percutian di antara Perak dan Kelantan iaitu di Pulau Banding yang mempunyai pemandangan Tasik Banding.

Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak adalah satu tempat bercuti yang penuh kehijauan dan juga terdapat banyak aktiviti outdoor yang boleh di sertai.

Tip Bercuti Di Belum Rainforest Resort Pulau Banding


Belum Rainforest Resort Pulau Banding di Perak merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang tidak boleh di lepaskan. Dengan tema “ gateway to nature “ percutian di Belum Rainforest Resort Pulau Banding menjanji sesuatu percutian yang berbeza daripada biasa.

Belum Rainforest Resort Pulau Banding
Bunga Raflesia Tasik Banding


Tip Bercuti Di Belum Rainforest Resort Pulau Banding:

5 Jam dari Kuala Lumpur – jika anda dari Kuala Lumpur, tempoh perjalanan ialah selama 5 jam. Anda ambil jalan PLUS highway arah utara, exit di Kuala Kangsar dan terusjan perjalanan 100 km ke Gerik, Perak. Dari pekan Gerik, 30 km ke Belum Rainforest Resort Pulau Banding. Letih juga drive kereta ni untuk sampai ke salah satu tempat menarik di Perak ni.

Banyak aktiviti outdoor – banyak aktiviti outdoor boleh di buat di Belum Rainforest Resort Pulau Banding ni, anda Cuma sediakan bajet sahaja. Harga bilik serendah rm350++ tanpa pakej aktiviti outdoor dan tanpa TV di dalam Bilik! Surprise. WIFI adalah percuma di dalam bilik. Biasanya ramai orang puteh yang bercuti di Tip Bercuti Di Belum Rainforest Resort Tasik Banding ni.


Antara aktiviti outdoor – di  Tip Bercuti Di Belum Rainforest Resort Perak ni, anda boleh menyertai banyak aktiviti outdoor seperti :

  • Melawat kampong orang asli
  • Melihat bunga terbesar di dunia – raflesia
  • Melihat pemandangan tasik Banding
  • Mandi manda di air terjun
  • Aktiviti memancing
  • Dan lain lain …


Makanan – makan pagi kat sini biasa sahaja. Pilihan makan tak banyak dan tidak sesuai dengan harga bilik kat sini. Restoran makan kat  Belum Rainforest Resort Pulau Banding ni boleh tahan, ada mejan dalam dan luar restoran – stail santai sambal melihat kehijaun pokok-pokok. Kalau nak makan malam, anda ada pilihan lain selain makan kat hotel yang tentunya memerlukan kos tambahan. Anda boleh ke pekan Gerik di restoran tomyam yang jaraknya 30 km dari Belum Rainforest Resort.

Belum Rainforest Resort Pulau Banding – Gateway to Nature merupakan lokasi pelancongan yang unik di Perak. Tidak salah mencuba sesuatu yang berbeza di dalam percutian domestik anda dan cubalah bercuti di salah satu tempt menarik di Perak ini.


Jika anda mempunyai soalan, anda boleh tinggalkan di komen dan saya akan cuba memberikan tip yang berguna untuk anda.


Terima kasih kerana membaca Belum Rainforest Resort – Gateway To Nature. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan