Home » » Cara perolehi laporan kewangan CCRIS tanpa perlu keluar rumah

Cara perolehi laporan kewangan CCRIS tanpa perlu keluar rumah

Laporan CCRIS sangat penting terutamanya untuk mereka yang pernah ambil pinjaman PTPTN dan apabila nak beli rumah, kena ada laporan CCRIS ni.

Kenapa laporan CCRIS ni penting? Sebabnya ialah laporan CCRIS ini menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan di mana daripada rekod CCRIS ni dapatlah di ketahui sama ada anda pembayar yang bagus ke tidak.

Bagaimana nak tahu sama ada anda dah ada laporan CCRIS? Jika anda ada salah satu daripada yang di nyatakan di bawah, maka anda sudah ada rekod CCRIS.

Kad kredit
Pinjaman PTPTN
Pinjaman peribadi dengan bank
Hutang kereta
Hutang perniagaan

Daripada laporan CCRIS tu dapatlah di ketahui, anda ni jenis yang bagus ke tak dalam membayar hutang sebelum mana-mana bank memberikan pinjaman kepada anda.

Siapa perlukan lapora CCRIS?


Bagi sesiapa saja yang nak beli rumah, anda wajib semak laporan CCRIS ni dulu. Bukan apa, jika ada rekod buruk hasrat anda tersangkut sebab pinjaman rumah tak lepas jika ada masalah CCRIS.

Walaupun anda sudah bayat PTPTN sepenuhnya, anda kena semak juga lapora CCRIS ni takut belum update dalam system. Pendek kata, biasanya sebelum anda mohon buat pinjaman dengan bank, anda semaklah dulu laporan CCRIS anda takut mana tahu rekod anda tidak bagus. Ada orang guna nama anda tanpa pengetahuan anda.

Cara dapat laporan CCRIS tanpa perlu keluar rumah


Laporan CCRIS ni boleh didapati daripada kiosk yang di sediakan oleh Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain tiada kiosk macam ni.

Sebenarnya, ada cara untuk dapatkan laporan CCRIS ni tanpa perlu keluar dari rumah tetapi dengan kos rm2.12 sahaja. Ok la berbaloi sebab anda tidak perlu bayar tol, bayar parking dan redah jem untuk ke Bank Negara semata-mata dak ambil Laporan CCRIS ni.

1. Laporan CCRIS boleh di perolehi dari Credit Bureau Malaysia (CBM). 


3. Muka surat pertama ada checklist. Anda knea sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.

4. Page kedua,  kena isikan maklumat peribadi dan tandatangan.

5. Page ketiga, tandatangan kat bahagian atas surat.

6. Scan boring yang dah siap di isi.

7. Buat bayaran ke akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak rm2.12. RM2 untuk bayaran perkhidmatan dan rm0.12 untuk 6% GST.

8. Emailkan boring dan resit bayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.

9. Dalam masa tak sampai sejam, anda akan dapat laporan penuh kewangan anda, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.

Contoh laporan CCRIS


rekod CCRIS

Dalam contoh laporan CCRIS ni, kalau “ 0 “ tu maksudnya ok.


rekod kewangan hutang


Ini pula rating yang bakal di berikan berdasarkan laporan kewangan anda.

Untuk bayaran rm2, inilah perkhidmatan terbaik yang paling murah dan berkesan untuk dapatkan laporan CCRIS dalam masa tak sampai sejam.


Share jika anda nak kongsi dengan rakan-rakan.






Terima kasih kerana membaca Cara perolehi laporan kewangan CCRIS tanpa perlu keluar rumah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan

Featured post

Tip buat kerja separuh masa di rumah

Terdapat banyak cara untuk membuat kerja secara full time ataupun secara separuh masa di rumah. Dan dah ramai yang berjaya dan ramai juga...