Kerjaya sangat penting
dalam kehidupan. Memang berbaloi kalau melabur untuk dapat kerjaya yang baik
sebab ini boleh menstabilkan ekonomi keluarga dan untuk kesenangan pada usia
tua. Bagaimana nak dapat kerja yang di impikan seperti kerja di jabaran
kerajaan di Malaysia? Gaji kerja kerajaan dah naik sekarang, tak macam dulu,
sikit jer kan.
Sekarang graduan
berlumba-lumba nak masuk kerja kerajaan - kena hadapi peperiksaan online spa dan juga kena pergi interview kerajaan. Kalau
persiapan tak cukup, kandas di tengah jalan sebab calon yang nak masuk kerja
kerajaan sangat ramai.
Cuba bayangkan, jawatan
penguasa kastan yang baru buka menerima 80000 calon peperiksaan online dan
seramai 30000 lulus peperiksaan tersebut. Jumlah yang di panggil temuduga tak
pasti le berapa tetapi kekosongan hanya 2++ sahaja.
Cara tulis resume yang betul
Mula-mula kena tahu cara
tulis resume dulu untuk menarik perhatian bakal majikan panggil temuduga. Resume mestilah dalam format terkini dan macam mana format terkini tuh atau
template terkini tuh?
Kadang-kadang pening gak
nak tulis resume ni. Salah satu caranya kita boleh ambik ayat dalam iklan kerja
tuh. Mana-mana ayat yang berkaitan dengan pengalaman kita, ubah dan masukkan
dalam template.
Gambar kena le yang
terbaru. Nampak sikit kesungguhan kita hantar resume tuh, jangan buat
ciincai-cincai saje. Kalau boleh, guna resume berbeza ke syarikat yang berbeza.
Edit ayat-ayat resume supaya berkaitan dengan syarikat tersebut.
Masalah utama, kena
dapatkan contoh reume terbaru dulu.Anda boleh cari online, tu pun kalau ada.
Jika jumpa, template tuh hanya edit sahaja, design dah ada. Kan cepat tuh hanya
main-main edit-edit sahaja. Jimat masa dan tenaga. Kalau dah ada template /
format resume terkini kan bagus.
Persiapan temuduga spa
Bila dah di panggil
temuduga kerja kerajaan, kena ada persiapan. Ramai yang tak bersiap untuk temuduga.
Persiapan bukan hanya pada pakaian, tetapi juga pada info-info yang berkaitan.
Ini yang lebih penting. Pakaian mungkin dapat markah 5% sahaja.
Contohnya, kalau jawatan
penguasa kastam, korang kena cari info-info pasal penguasa kastam. Baru leh
lebih konfiden bile pergi temuduga kerajaan ni kan. Kalau lulus kan best. Tak
lulus takpe sebab kita dah berusaha dan mencuba sebaik mungkin. Sekarang ni
info pasal GST kena tahu selain struktur organisasi kastam di tempat
masing-masing.
Terdapat langkah-langkah
yang bagus untuk buat persiapan hadapi temuduga. Bab persiapan sangat le penting sebab hampir
90% tak cukup persiapan untuk temuduga kerja kerajaan.
Teknik jawab soalan temuduga spa
Ha.. bab ni paling
penting ler, teknik jawab soalan temuduga spa. Ada caranya nak jawab soalan
dari spa nih. Biasanya soalan spa ni soalan killer dan soalan daripada wakil
jabatan tuh soalan teknikal skit le.
Anda boleh cuba
cari-cari kat google cara-cara jawat soalan temuduga kerja kerajaan nih. Ada
tapi tak banyak. Temuduga kerja kerajaan ni berbeza dengan temuduga kerja
swasta.
Cuma biasakan diri
dengan soalan-soalan yang di tanya supaya nanti anda tak terkejut dengan format
soalannya.
Soalan-soalan ni di tanya
untuk melihat keupayaan anda, korang ni jenis yang macam mana. Sesuatu ke tak
bekerja dalam satu-satu jabatan kerajaan. Teknik jawab soalan temuduga kerajaan ni sangat le penting untuk di ketahui.
Kisah kejayaan dan kegagalan
Kalau baca kisah-kisah kejayaan dan kegagalan calon-calon
temuduga kerajaan sebelum nih, best
- penuh warna warni.
Ini boleh di jadikan
panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita boleh belajar
daripada mereka yang pernah menghadiri temuduga kerajaan sebelum ini.
Orang kata, saya pun tak
pasti, panel penemuduga ni ronda satu Malaysia untuk buat temuduga kerja
kerajaan. Jadi soalan dan gaya soalan tu tak jauh beza. Nampak tak... jadi
pengalaman calon-calon terdahulu penting untuk kita tahu.
Kan, sangat bernilai kan
pengalaman mereka nih dan juga sangat berguna jika kita boleh baca
Dalam satu panduan jer,
ada semuanya, siap template reume lagih. Menarik nih dan berbaloi rasanya kalau
melabur sedikit untuk kebahagian masa depan.
0 Komen:
Catat Ulasan