Home » » Selebriti kumpul dana bantu mangsa Sandy

Selebriti kumpul dana bantu mangsa Sandy

Bruce Springsteen, Billy Joel, Mary J Blige dan puluhan pemuzik serta selebriti mengumpul lebih RM70 juta buat manga Taufan Sandy menerusi saluran televisyen NBC manakala program a Day of Giving menerusi rangkaian TV ABC pula memungut lebih daripada RM30 juta.

Pertubuhan Palang Merak Amerika berkata, rancangan teleton selama sejam di NBC Jumaat lalu, yang menampilkan persembahan oleh selebriti yang mempunyai hubungan kuat dengan New York dan New Jersey, berjaya mencipta rekod derma individu menerusi telefon, teks dan online untuk mangsa taufah terbabit.

Jumlah awal yang diperoleh adalah hampir RM70 juta, kata pertubuhan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.


Melalui rangkaian ABC pula, penonton dan selebriti berjaya memungut lebih RM30 juta, juga untuk pertubuhan berkenaan. Semuanya adalah untuk membantu mangsa bencana Taufan Sandy yang membunuh lebih 100 nyawa, minggu lalu.

Menurut kenyataan ABC, wartawan, Barbara Walters, membuat sumbangan peribadi berjumlah RM766,000 serta menjawab panggilan telefon penderma ketika mengacarakan program Good Morning America bersama-sama Katie Couric, Ben Stiller serta bintang Jersey Shore, Nicole "Snooki" Polizzi.

Jumlah derma dijangka terus bertambah selepas acara tamat.



Terima kasih kerana membaca Selebriti kumpul dana bantu mangsa Sandy. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan