Laporan CCRIS sangat penting terutamanya untuk mereka yang
pernah ambil pinjaman PTPTN dan apabila nak beli rumah, kena ada laporan CCRIS
ni.
Kenapa laporan CCRIS ni penting? Sebabnya ialah laporan
CCRIS ini menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan di
mana daripada rekod CCRIS ni dapatlah di ketahui sama ada anda pembayar yang
bagus ke tidak.
Bagaimana nak tahu sama ada anda dah ada laporan CCRIS? Jika
anda ada salah satu daripada yang di nyatakan di bawah, maka anda sudah ada
rekod CCRIS.
Kad kredit
Pinjaman PTPTN
Pinjaman peribadi dengan bank
Hutang kereta
Hutang perniagaan
Daripada laporan CCRIS tu dapatlah di ketahui, anda ni jenis
yang bagus ke tak dalam membayar hutang sebelum mana-mana bank memberikan
pinjaman kepada anda.
Siapa perlukan lapora CCRIS?
Bagi sesiapa saja yang nak beli rumah, anda wajib semak
laporan CCRIS ni dulu. Bukan apa, jika ada rekod buruk hasrat anda tersangkut
sebab pinjaman rumah tak lepas jika ada masalah CCRIS.
Walaupun anda sudah bayat PTPTN sepenuhnya, anda kena semak
juga lapora CCRIS ni takut belum update dalam system. Pendek kata, biasanya
sebelum anda mohon buat pinjaman dengan bank, anda semaklah dulu laporan CCRIS
anda takut mana tahu rekod anda tidak bagus. Ada orang guna nama anda tanpa
pengetahuan anda.
Cara dapat laporan CCRIS tanpa perlu keluar rumah
Laporan CCRIS ni boleh didapati daripada kiosk yang di
sediakan oleh Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain tiada kiosk macam ni.
Sebenarnya, ada cara untuk dapatkan laporan CCRIS ni tanpa
perlu keluar dari rumah tetapi dengan kos rm2.12 sahaja. Ok la berbaloi sebab
anda tidak perlu bayar tol, bayar parking dan redah jem untuk ke Bank Negara
semata-mata dak ambil Laporan CCRIS ni.
1. Laporan CCRIS boleh di perolehi dari Credit Bureau Malaysia
(CBM).
Pergi ke laman Self Enquiry Report.
3. Muka surat pertama ada checklist. Anda knea sertakan salinan
IC dan dua dokumen sokongan.
4. Page kedua, kena
isikan maklumat peribadi dan tandatangan.
5. Page ketiga, tandatangan kat bahagian atas surat.
6. Scan boring yang dah siap di isi.
7. Buat bayaran ke akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123
5260 4549 sebanyak rm2.12. RM2 untuk bayaran perkhidmatan dan rm0.12 untuk 6%
GST.
8. Emailkan boring dan resit bayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.
9. Dalam masa tak sampai sejam, anda akan dapat laporan penuh
kewangan anda, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.
Contoh laporan CCRIS
Dalam contoh laporan CCRIS ni, kalau “ 0 “ tu maksudnya ok.
Ini pula rating yang bakal di berikan berdasarkan laporan
kewangan anda.
Untuk bayaran rm2, inilah perkhidmatan terbaik yang paling
murah dan berkesan untuk dapatkan laporan CCRIS dalam masa tak sampai sejam.
Share jika anda nak kongsi dengan rakan-rakan.
0 Komen:
Catat Ulasan