Home » » Sonata lebih garang

Sonata lebih garang

IMEJ garang dan rekaan lebih sporty menjadi sandaran terbaru buat Hyundai Sime Darby Motors memperkenalkan varian Sonata Sport yang menerima sentuhan terkini.
Hyundai Sonata yang sebelum ini sudah diakui dengan bentuk menarik, kini kembali tampil dengan kit badan terbaru serta padanan ekzos berkembar tampak lebih bergaya.
Ciri lain yang turut dipadankan dengan model itu merangkumi Program Kestabilan Elektronik serta Kawalan Bantuan Menaiki Bukit.

Selain itu, Hyundai Sonata 2.4 Auto Sport didatangkan pedal anjakan pada belakang stereng untuk memudahkan penukaran gear dengan hanya menggunakan hujung jari.

Semua enam varian Hyundai Sonata dipadankan lampu auto, kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan Amplitud Peredam Terpilih.

Hyundai Sonata Auto Sport 2.0 L dijual pada harga RM151,388, manakala RM169,888 bagi Sonata Auto Sport 2.4 L.


Terima kasih kerana membaca Sonata lebih garang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan