Home » » Almera miliki gaya mewah

Almera miliki gaya mewah

NISSAN Almera atau Nissan Sunny di China mencatatkan jualan memberangsangkan dan dijual lebih 460,000 unit sejak dilancarkan pada 2010.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selaku pengedar dan pengeluar kenderaan jenama Nissan di negara ini bakal memperkenalkan kereta segmen B itu kepada ma�syarakat tempatan tidak lama lagi.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata, model itu akan dipasang di kilang Tan Chong di Serendah, Selangor.

Beliau berkata, ETCM akan menawarkan Nissan Almera menggunakan enjin 1.5 liter dengan model transmisi manual dan automatik.

"Nissan Almera pada memiliki gaya kemewahan dan ruang yang luas berbanding pesaing lain dalam segmen sama.

"Ia juga menampilkan teknologi baru yang biasa�nya ditemui dalam segmen lebih mahal dan ia menjadi model terlaris di Malaysia," katanya ketika memperkenalkan Nissan Almera di pusat beli-belah terkemuka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



SPESIFIKASI NISSAN ALMERA:

Enjin: kod HR15DE dengan kapasiti 1.5 liter, empat silinder sebaris, Dohc dengan VTC

Kuasa maksimum: 102 PS pada 6,000 rpm
Kuasa Tork: 139 Nm pada 4,000 rpm
Transmisi: manual dan automatik
Harga: antara RM70,000 hingga melebihi RM80,000.


Terima kasih kerana membaca Almera miliki gaya mewah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan