Home » , , » Insuran untuk penguatkuasa

Insuran untuk penguatkuasa

Sepang: Kerajaan akan meneliti penyelarasan skim perlindungan insurans khusus bagi kakitangan agensi penguatkuasaan yang menghadapi risiko yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan mengenainya akan dikemukakan kepada Kabinet selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ambil langkah sewajarnya


"Saya sendiri akan mengusulkan cadangan ini untuk pertimbangan Jemaah Menteri nanti. Sudah tiba masanya kita mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan kakitangan agensi penguatkuasaan ketika bekerja.

"Mekanisme perlindungan insurans akan diputuskan kemudian, merangkumi keutamaan keselamatan dan perlindungan pegawai penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Concierge dan Lounge Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Cadangan itu menyusuli tragedi Jumaat lalu yang mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, maut ditembak penjenayah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya


Terima kasih kerana membaca Insuran untuk penguatkuasa. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan