Home » » Tahanan guna telefon awam elak dikesan polis

Tahanan guna telefon awam elak dikesan polis

BUKIT MERTAJAM — Polis mengesan dua lagi baki tahanan yang lolos dalam kejadian minggu lepas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, menggunakan telefon awam di Taman Chai Leng, di Perai, petang semalam.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, walaupun dua tahanan itu mempunyai telefon bimbit, mereka memilih untuk menggunakan telefon awam supaya polis tidak dapat mengesan lokasi mereka.
"Mereka tahu telefon bimbit mempunyai satu sistem untuk mengesan di mana orang yang membuat panggilan itu berada, jadi mereka guna telefon awam," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, Operasi Mengesan Gelugor yang masuk hari ke-lapan hari ini diteruskan dengan memperluas kawasan operasi sehingga ke utara Perak.
 
"Tetapi saya percaya mereka masih berada di sekitar Permatang Pauh kerana berdasarkan maklumat yang diterima, dua lelaki itu tidak mempunyai kenderaan," katanya.
Beliau berkata, polis juga dimaklumkan tiada lagi rakan yang ingin membantu mereka dan disebabkan itu kedua-dua penjenayah terbabit mula keluar dari tempat persembunyian untuk meminta bantuan orang awam. — BERNAMA



Terima kasih kerana membaca Tahanan guna telefon awam elak dikesan polis. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan