Home » » Porsche rempuh pokok, penumpang terbunuh

Porsche rempuh pokok, penumpang terbunuh

Georgetown: Kegembiraan dua rakan karib bersiar-siar di bandar ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta mewah Porsche 911 Turbo dinaiki mereka kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini semalam.

Kejadian jam 6 pagi itu mengorbankan Elizabeth Cheang, 24, yang berada di tempat duduk penumpang depan, manakala pemandu yang hanya dikenali sebagai Lee, 32, parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kenderaan hampir RM1 juta itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pokok di bahu jalan.


"Kenderaan terbabit remuk, manakala penumpang wanita mati serta-merta di tempat kejadian. Mangsa parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Terima kasih kerana membaca Porsche rempuh pokok, penumpang terbunuh. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan