Home » » Sultan Selangor kesal kenyataan Nurul Izzah

Sultan Selangor kesal kenyataan Nurul Izzah

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa masyarakat Melayu tidak perlu dipaksa untuk menerima sebarang agama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Azib Mohd Isa, berkata baginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Islam adalah salah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.


Amat bahaya

"Oleh itu, pemikiran liberalisme dan pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang negara," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Azib berkata, Sultan sebagai Ketua Agama Islam Selangor serta pelindung hak dan kepentingan bangsa Melayu juga menitahkan soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu.

Tindakan itu, titah baginda boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.
Mohamad Azib berkata, sebagai penasihat Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung, mencabar kemurnian agama Islam, baik daripada segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor.



Terima kasih kerana membaca Sultan Selangor kesal kenyataan Nurul Izzah . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan