KOTA BHARU: Selepas diperluaskan ke seluruh negara, siaran televisyen AlHijrah bakal dinikmati secara 24 jam memandangkan cadangan itu kini dikaji bagi memenuhi kehendak penonton.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu tidak menjadi masalah bagi pihaknya memandangkan segala persiapan sudah dilakukan untuk melanjutkan waktu siaran televisyen yang bakal berusia dua tahun itu. "Insya-Allah, siaran 24 jam tidak menjadi masalah kepada kita kerana persiapan sudah ada.
Cuma sekarang kita mahu lihat keberkesanan siaran ini. "Melihat kepada keadaan sekarang, ramai rakyat Malaysia bekerja waktu malam dan kita mempunyai kelompok sasaran untuk menikmati siaran 24 jam ini," katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan