Home » » Perodua perkenal pakej Salam 1Felda

Perodua perkenal pakej Salam 1Felda

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memperkenalkan pakej istimewa bagi peneroka Felda untuk memenuhi keperluan permotoran mereka.
 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pakej Salam 1Felda itu termasuk rebat minimum bernilai RM1,000, baucar servis diskaun 50 peratus bagi tempoh dua tahun dan liputan insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000.
"Bagi melayakkan diri mendapatkan skim promosi yang berlangsung sekarang sehingga 30 April 2013 itu, peneroka perlu menunjukkan kad pengenalan, slip pembayaran Felda dan surat pengesahan.
 
"Skim ini juga terbuka kepada pasangan, adik-beradik, anak dan anak angkat peneroka dengan syarat mereka menunjukkan dokumen yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.


Terima kasih kerana membaca Perodua perkenal pakej Salam 1Felda. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan