PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) diyakini mampu mencapai sasaran jualannya sebanyak 188,000 unit dengan berbaki kira-kira dua bulan sebelum penghujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sehingga kini, pihaknya mencatat jualan sehingga 155,400 pada penghujung September lalu.
Menurutnya, jualannya meningkat tujuh peratus antara Januari dan Oktober lalu berbanding tempoh yang sama pada 2011 turut mampu untuk mencapai sasaran berkenaan.
"Bagi mencapai sasaran itu, Perodua turut terpaksa mengubah strategi yang lebih baik sama ada memasarkan produk dan mengadakan kempen," katanya di Phuket, Thailand.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penghargaan media selepas sesi pandu uji Perodua Myvi 1.5 liter.
Sementara itu, Aminar Rashid berkata, jualan yang dicatatkan dalam tempoh 10 bulan tahun ini menyaksikan sedikit kejatuhan sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2010.
"Ini berikutan pengenaan garis panduan pembiayaan kereta yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini.
"Garis panduan itu berdasarkan kelayakan pinjaman pendapatan bersih pemohon, sekali gus memberi kesan jualan terutama kereta Perodua Viva yang disasarkan kepada golongan pendapatan rendah," katanya
0 Komen:
Catat Ulasan