Home » » Orang Islam ajak murtad boleh didakwa

Orang Islam ajak murtad boleh didakwa

Kuala Lumpur: Mana-mana orang Islam yang mengajak atau membuka ruang kepada saudara seagama untuk murtad, boleh dituduh di bawah kesalahan mengeluarkan kenyataan menghina, memburuk atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan itu boleh diambil kerana ketika ini, tiada enakmen khusus boleh dikenakan terhadap orang Islam yang cuba mengajak atau membuka ruang kepada saudara seagama untuk murtad.

Tiada peruntukan khusus


"Jika bukan Islam dakyah orang Islam keluar Islam, kita ada enakmen kawalan (Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam). Hari ini bukan saja bukan Islam ajak orang Islam (murtad), tapi orang Islam sendiri ajak dan buka ruang untuk orang Islam pilih agama.

"Setakat ini, tiada peruntukan khusus sebegitu (tindakan terhadap orang Islam), tetapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam, memburuk atau menyebabkan Islam dipandang hina, sama ada secara lisan atau bertulis," katanya di Dewan Rakyat, semalam



Terima kasih kerana membaca Orang Islam ajak murtad boleh didakwa. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan