Home » » Jimat minyak 50 peratus

Jimat minyak 50 peratus

PENGGUNAAN E-Booster sebagai alat yang menjimatkan minyak dan meningkatkan kuasa kenderaan terbukti membantu ramai pemilik kenderaan yang menggunakan peralatan itu.
E-Booster menjimatkan bahan api sehingga 50 peratus menyebabkan alat itu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna seluruh negara.
Malah, peralatan itu kini mula menarik perhatian pengguna dari luar negara, antaranya Perancis, Nepal, Bangladesh dan Singapura.

Azlya Enterprise Sdn Bhd (Azlya Enterprise) satu-satunya syarikat Bumiputera di negara ini yang mengeluarkan peralatan itu.

Pengarah Urusannya, Darul Hisham Abdullah, berkata alat itu direka khas membantu pengguna menangani masalah kenaikan harga bahan api sekali gus meringankan beban mereka.

Beliau berkata, kajian lebih lima tahun termasuk melakukan ujian sebenar ke atas pelbagai jenis kenderaan, mendapati antara faktor mempengaruhi penggunaan bahan api ialah kecekapan pembakaran bahan api yang rendah.

Beliau yang juga bekas jurutera lulusan Universiti Arkansas Amerika Syarikat, berkata E-Booster ialah sejenis alat yang dapat menghasilkan gas hidrogen berasaskan air yang disuntik ke kebuk pembakaran melalui pengambilan udara.

"Menerusi sistem itu, ia akan menghasilkan pembakaran sempurna sekali gus menjana kuasa maksimum tanpa perlu melakukan pengubahsuaian pada enjin atau sistem elektronik kereta.

"Biasanya apabila kecekapan enjin rendah, penggunaan bahan api adalah tinggi kerana kenderaan tidak dapat membawa beban dan pemandu akan menekan pedal minyak untuk lebih kuasa, sekali gus menggunakan petrol yang tinggi.

"Bagaimanapun, menerusi penggunaan E-Booster, petrol RON95 yang berharga RM1.90 dapat memberi lebihan kuasa malah lebih dari RON97 selain menjimatkan dan mendapat lebih banyak petrol," katanya.

Menurutnya, penjimatan sehingga 50 peratus bahan api itu mampu dihasilkan apabila menggunakan E-Booster bersama RON95 pada kenderaan sistem karburetor, injection dan eletronik fuel injection untuk perjalanan jauh, manakala bagi perjalanan dalam bandar penjimatan antara 10 hingga 20 peratus.

Beliau berkata, lazimnya bagi setiap kenderaan, antara 20 hingga 25 peratus bahan api digunakan untuk menjana kuasa manakala yang lainnya keluar ke ekzos sebagai karbon monoksida.

"Kenderaan yang dibawa pada kelajuan melebihi had laju, bukan saja membahayakan keselamatan tetapi meningkatkan penggunaan petrol lebih 10 peratus bagi setiap 10 kilometer jam (km/j)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penggunaan alat itu dapat menghasilkan sedikit gas yang mencukupi untuk berfungsi sebagai katalis dalam pembakaran tanpa menyebabkan risiko letupan atau enjin berkarat.

"Kebanyakan pengguna tidak tahu atau kurang mahir mengenai penjagaan dan masalah asas kenderaan seperti jajaran roda, brek ketat, hayat palam pencucuh, minyak enjin pekat atau kotor dan tekanan tayar rendah.

"Ini memberi kesan besar dari segi penggunaan petrol dan keselamatan pemandu serta penumpang.

"Justeru, dengan E-Booster, pengguna bukan saja dapat membantu meringankan beban penggunaan petrol malah menyelenggara sistem enjin kereta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menaik taraf peralatan itu dengan memasang dua 'twin output' yang mampu meningkatkan prestasi enjin kenderaan.

Katanya, kos yang dikenakan hanya RM350 bagi saiz kecil manakala RM450 bagi saiz besar termasuk kos pemasangan.

"Pengguna tidak perlu bimbang kerana alat itu sudah terbukti berkesan, malah penjagaannya tidak sukar kerana hanya memerlukan penambahan air dalam kotak E-Booster.

"Selain menjimatkan bahan api, alat itu memastikan enjin kenderaan dalam keadaan baik," katanya.

Layari laman web, di http://ebooster-gen.blogspot.com atau hubungi talian 012-2776179 untuk maklumat lanjut.


Terima kasih kerana membaca Jimat minyak 50 peratus. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan