Home » » 3 persatuan bola sepak diarah bayar pampasan

3 persatuan bola sepak diarah bayar pampasan

PETALING JAYA — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan tiga persatuan bola sepak negeri membayar pampasan keseluruhan berjumlah RM120,00 kepada bekas jurulatih mereka yang ditamatkan kontrak lebih awal disebabkan kemerosotan prestasi pasukan.
 
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diarah membayar pampasan kepada Mat Zan Mat Aris; Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kepada Robert Scully dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) kepada Mohd Nidzam Adha Yusoff.
Bayaran yang diterima masing-masing dari jumlah pampasan itu tidak dinyatakan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesemua persatuan tersebut perlu menjelaskan bayaran pampasan itu dalam tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan oleh FAM.
 
"Sekiranya mereka tidak mampu menjelaskan bayaran tersebut, FAM akan memotong jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada persatuan (bola sepak negeri atau kelab) kerana kita amat menitikberatkan masalah yang dihadapi pemain dan juga pegawai.
"Ketiga-tiga persatuan bola sepak tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, di sini hari ini.
Pada sidang akhbar yang sama, Takiyuddin juga mengingatkan mana-mana pemain yang masih mempunyai kontrak dan berminat untuk berhijrah ke pasukan lain supaya menjelaskan bayaran pampasan baki kontrak mereka kepada majikan asal. — BERNAMA


Terima kasih kerana membaca 3 persatuan bola sepak diarah bayar pampasan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan