Home » » Wanita sembunyi arak curi di celah paha

Wanita sembunyi arak curi di celah paha

KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.
 
Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.
"Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.
 
"Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.


Terima kasih kerana membaca Wanita sembunyi arak curi di celah paha. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan