Home » » Jumpa bank jika terbengkalai

Jumpa bank jika terbengkalai

KUALA LUMPUR – Pembeli rumah yang menghadapi projek terbengkalai dinasihat mendapatkan bantuan terus daripada bank yang menyediakan pinjaman dan tidak menggunakan ejen untuk menyelesaikan masalah mereka.
 
Presiden Institusi Perbankan Islam Malaysia, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid (gambar kecil) berkata, langkah tersebut adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka daripada menggunakan khidmat ejen yang akhirnya mengenakan bayaran tinggi bagi khidmat yang diberi.
 
"Kami mendapat tahu perkara ini berlaku dan masalahnya ialah bank terikat dengan akta bahawa kami hanya boleh berurusan dengan pengguna, melainkan mendapat kebenaran secara bertulis," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Terima kasih kerana membaca Jumpa bank jika terbengkalai. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan