Home » » Main bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda

Main bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda

SHAH ALAM — Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mendenda dua penyokong pasukan bola sepak Kelantan masing-masing RM100 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana bermain bunga api 'hand flare' semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Shah Alam di sini 20 Oktober lepas.
 
Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menjatuhi hukuman denda di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 itu terhadap pembantu restoran, Nurazaha Muhammad Nur, 39, dari Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya dan Ahmad Shahir Daud, 19, dari Kampung Pantai Sabak, Kota Bharu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.— BERNAMA


Terima kasih kerana membaca Main bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan