Home » » Final Piala Malaysia: Jualan tiket hari pertama laris

Final Piala Malaysia: Jualan tiket hari pertama laris

KAUNTER jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dibuka jam 9 pagi menerima sambutan hangat daripada kalangan peminat bola sepak tempatan yang sanggup keluar awal dan beratur panjang untuk mendapatkan tiket.
Rata-rata mereka tiba seawal jam 9 pagi, membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam bagi mendapatkan tiket final, yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan, Sabtu ini.
Sebanyak 13,000 tiket diperuntukkan untuk jualan di Stadium Shah Alam hari ini. Kira-kira 6,000 tiket telah habis dijual setakat jam 10.30 pagi.
Fakhrul dari Shah Alam, salah seorang peminat The Red Warriors yang ditemui berkata, dia telah membelanjakan sejumlah wang untuk menyaksikan final Sabtu ini.

"Saya tidak kisah dengan harga tiket, walaupun mahal saya tetap akan beli demi The Red Warriors," katanya ketika di temui di kauter tiket Stadium Shah Alam pagi ini.

Begitu juga reaksi Johan, seorang lagi peminat pasukan Kelantan, yang membeli 30 tiket untuk sama-sama menyaksikan perlawanan akhir.

"Saya dan kawan-kawan nak sokong pasukan Kelantan kami tak kisah kena keluarkan duit janji kami dapat memberi sokongan," katanya penuh bersemangat.
Kelmarin, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan dibuka mulai hari ini sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.
Tiket dijual di Stadium Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Katanya, FAM menyediakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan akhir dan setiap pasukan diperuntukkan 30,000 tiket.
Selain kemeriahan di Stadium Shah Alam, bahang kehangatan turut dirasai di Kota Bharu apabila penyokong setia The Red Warriors terus memperlihatkan sokongan tanpa henti kepada pasukan kesayangan mereka apabila 10,000 tiket habis dijual dalam tempoh sejam di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kehadiran penyokong setia negeri Cik Siti Wan Kembang itu mulai dirasai jam 10 pagi pagi dengan berbaris dalam keadaan teratur serta menunjukkan keyakinan mampu menjulang Piala Malaysia setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 2010.

Penyelia tiket, Irwan Ramli berkata, kira-kira 10,000 tiket dijual kepada penyokong setia pasukan Kelantan dan ia habis dalam tempoh satu jam.

"Sambutan yang menggalakkan, memang diluar jangkaan. Apabila kaunter jualan tiket dibuka jam 10 pagi, penyokong yang terdiri dari pelbagai lapisan mula berbaris mendapatkan tiket bagi memyaksikan perlawanan tersebut," katanya.


Terima kasih kerana membaca Final Piala Malaysia: Jualan tiket hari pertama laris. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan