Home » » Bisnes Dunia: Harga Surface saingi iPad

Bisnes Dunia: Harga Surface saingi iPad

Microsoft mula ambil tempah awal

San Francisco: Komputer tablet Surface baru akan dijual pada harga hampir sama dengan iPad keluaran Apple yang direka untuk menyaingi produk keluaran peneraju pasaran itu, demikian menurut Microsoft.
Microsoft mula mengambil tempahan awal bagi Surface pada harga bermula AS$499 (RM1,517) bagi tablet dengan memori 32 gigabait (GB) untuk pelanggan Amerika Syarikat (AS), manakala versi 64GB dengan penutup sentuhan hitam dijual pada harga AS$699 (RM2,125).

Harga yang ditawarkan itu hampir sama dengan iPad yang bermula AS$499 (RM1,517) bagi memori lebih kecil. Apple dijangka memperkenalkan 'iPad Mini' pada harga lebih rendah minggu depan.

Pencabar iPad

Surface dijangka menjengah pasaran pada 26 Oktober ini di Microsoft Store di AS dan Kanada dan dijual secara dalam talian di lapan pasaran iaitu Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Britain dan AS.

Ketua Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer menggambarkan Surface adalah pencabar iPad, didatangkan dengan penutup lebih nipis yang berfungsi sebagai papan kekunci dalam pelbagai warna yang dikenali sebagai tablet 'kerja dan hiburan'.
Tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 8 juga akan dilancarkan pada 26 Oktober ini.

Penganalisis berkata, Microsoft tidak meletakkan harga terlalu rendah untuk Surface yang mana akan menjejaskan rakan niaga atau terlalu tinggi hingga menjauhkan pelanggan.

Berdasarkan paras harga, penganalisis Citi, Walter Pritchard berkata: "kami tidak pasti ia dapat menarik pengguna daripada iPad."

"Kami percaya harga Surface yang sama dengan iPad menunjukkan Microsoft berpuas hati dengan produknya dan tambahan perisian Office lebih daripada jangkaan harga."


Terima kasih kerana membaca Bisnes Dunia: Harga Surface saingi iPad. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan