Home » » Virus “Hi,How Are You” Menyerang Melalui Chat Box Facebook!.Tolong Sebarkan!

Virus “Hi,How Are You” Menyerang Melalui Chat Box Facebook!.Tolong Sebarkan!

virus facebook Virus Hi,How Are You Menyerang Melalui Chat Box Facebook!.Tolong Sebarkan!
 
Sekarang ini rasanya sudah ramai yang terkena serangan Virus ini di Facebook.Rasanya ini bukannya virus tetapi DDoS attack dimana ia akan hantar banyak permintaan(request) untuk access facebook daripada browser korang dan ini akan menyebabkan permintaan browser korang untuk access facebook tidak dilayan atau tidak diberi respon oleh server facebook.
 
Akibat daripada bad request itu akan menyebabkan korang tidak membuat facebook di laptop korang itu.Jika korang uninstall dan install semula firefox pun tidak dapat mengatasi masalah ini.Cuma satu cara sahaja yang saya tahu iaitu format semula laptop korang.Sekiranya ada rakan-rakan lain yang mempunyai cara mengatasi masalah ini,sila kongsikan bersama-sama.
 
Cara Penyebaran Virus Ini
Virus ini disebarkan secara Chat Box di facebook.Caranya seperti berikut:-
  1. hi. how are you?
  2. Wanna laugh?
  3. It is you on the video ? want to see?
  4. Dia akan bagi link dan jika korang link itu,maka akan akan kena DDoS attack
Benda yang akan menarik minat korang untuk klik pada link itu adalah melalui ayat ini "It is you on the video ?)) want to see?".Sekiranya korang mendapat masej di Chat Box "Hi,How Are You?",jangan layan kerana sekiranya korang layan,dia akan berikan ayat no 2,wanna laugh? dan seterusnya.
 
Diharap perkongsian ini berguna untuk korang semua.Sila sebarkan artikel ini supaya rakan-rakan tahu mengenai perkara ini dan mengelakkan menjadi mangsa.



Terima kasih kerana membaca Virus “Hi,How Are You” Menyerang Melalui Chat Box Facebook!.Tolong Sebarkan!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan