Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri dilaman webnya.Kami memang rasa pelik, apa keistimewaannya Ibrahim Ali sehinggakan dilayakkan namanya bagi Anugerah?
Ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pelajar-pelajar UiTM untuk mendapatkan Anugerah Ibrahim Ali ini.
• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM
Rupa-rupanya,idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
Kepada sesiapa yang belum tahu,Ibrahim Ali, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.Belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.
Ibrahim Ali juga pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya. Dan kini memimpin kumpulan pendesak Melayu – PERKASA ,Ibrahim yang juga terkenal dengan, Ibrahim Katak, kerana kesukaannya melompat parti,lebih terkenal dengan sikap ultra-melayunya, yang nampak hanya lebih kepada retorik semata-mata, buat masa ini.
Perlukah Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar UiTM ini? Pandangan anda?
0 Komen:
Catat Ulasan