Petaling Jaya: Walaupun hanya memiliki tiga hari sebelum aksi persahabatan menentang Arab Saudi, Ahad ini, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi perlu pantas menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan bagi menjamin kedudukan lebih baik menganggotai skuad Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015, bertemu Yaman pada 22 Mac ini.
Ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal berkata beliau melihat aksi persahabatan bertemu Arab Saudi satu medan terbaik menilai kemampuan sebenar pemain untuk dipilih mewakili negara menentang Yaman.
Ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal berkata beliau melihat aksi persahabatan bertemu Arab Saudi satu medan terbaik menilai kemampuan sebenar pemain untuk dipilih mewakili negara menentang Yaman.
Saya sentiasa beri peluang kepada semua pemain. Pada masa ini, kita beri peluang kepada Badhri dan saya akan lihat ketika latihan dan aksi persahabatan.
Semua pemain adalah penting buat pasukan dan saya fikir saya perlu beri kepentingan buat semua pemain. Itulah caranya yang kita buat ketika menentang Qatar sebelum ini.
Hanya 18 laporkan diri
Kita akan bagi peluang kepada semua dan selepas itu, kita akan dapat gambaran mengenai skuad sebenar pasukan negara, katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Pada Selasa lalu, Rajagobal menyenaraikan Badhri atau Piya dalam senarai 27 pemain untuk melaporkan diri ke sesi latihan pemilihan Harimau Malaya menghadapi Yaman.
Dalam sesi latihan pertama semalam, hanya 18 pemain hanya melaporkan diri termasuk K Reuben, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Aidil Zafuan Abd Radzak yang hanya menjalani latihan ringan ekoran mengalami kecederaan ketika bersama pasukan Tentera dan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super.
Saya akan lihat semua pemain ketika sesi latihan dan nilai perkembangan mereka dan tempoh terdekat ini, sama ada mereka mengalami kecederaan serius atau tidak, katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan