Home » » LAHAD DATU - Mayat panglima pengganas

LAHAD DATU - Mayat panglima pengganas

Lahad Datu: Polis semalam, mengesahkan lelaki berpakaian jeneral yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu, adalah panglima perang kumpulan pengganas itu, dikenali sebagai Haji Musa atau Komander Musa.

Pengesahan dibuat Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan ketika ditemui di Hospital Lahad Datu, semalam.
Jenazah Haji Musa adalah antara 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu, malam kelmarin, menggunakan dua trak polis.


Bekas komander MNLF

Haji Musa adalah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari, serta pernah menjadi jeneral dalam Tentera Filipina. Dia mempunyai pengalaman berperang dalam Perang Vietnam.

Selepas bersara daripada tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi dan memberi latihan di kem latihan tentera Sophia.

Di kem itu, Haji Musa merancang operasi dikenali Oplan Merdeka di bawah naungan Royal Sultanate Force (RSF) yang dipimpin Jamalul Kiram III. Salah satu perancangan Oplan Merdeka adalah menghantar pengganas secara berperingkat ke Sabah disertai warga tua, kanak-kanak dan wanita untuk mengaburi pihak keselamatan negara.
Mereka turut mewujudkan unit khas dikenali Unit Komando Jabidah yang diketuai Jeneral Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas.

Difahamkan, mereka berdua mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 12 Februari 2013 dengan menaiki dua bot besar bersama 200 yang lain.

Haji Musa juga dikatakan orang kanan Agbimuddin Kiram, iaitu adik Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain mengiringi Agbimuddin berbincang dengan Polis Diraja Malaysia di FELDA Sahabat 17 selepas mereka mencerobohi Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.


Terima kasih kerana membaca LAHAD DATU - Mayat panglima pengganas. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan