Home » » ISU LAHAD DATU - Perajurit terkorban mati syahid - Majlis Fatwa

ISU LAHAD DATU - Perajurit terkorban mati syahid - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 6 Mac - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.
 
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.
Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
Saya menyeru semua pihak berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Terima kasih kerana membaca ISU LAHAD DATU - Perajurit terkorban mati syahid - Majlis Fatwa. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan