Home » » Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan

Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan

LONDON - Pembuat kereta terkenal Eropah, Volkswagen bakal menghasilkan sebuah kereta hibrid Volkswagen XL1 yang amat menjimatkan minyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Ia dikuasakan enjin diesel 800cc dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada meter laju dalam tempoh 11.9 saat dengan kelajuan maksimum 159 km/j.
Badan Volkswagen XL1 diperbuat daripada gentian karbon dan cermin hadapannya dikatakan paling nipis di dunia.
 
Kenderaan dua tempat duduk yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan berat 800 kilogram itu mampu bergerak sejauh 48km menggunakan tenaga diesel elektrik.
Sementara itu, tangki minyak Volkswagen XL1 hanya mampu mengisi 10 liter bahan api.
Kereta itu bergerak dari London ke Leeds sejauh 313.82 kilometer dengan kos minyak sebanyak £4 (RM18.67).
 
Syarikat pengeluar kereta Volkswagen itu membelanjakan £1 bilion (RM4.67 bilion) selama lebih 15 tahun untuk menjadikan badan kereta berkenaan ringan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan minyak.
Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Volkswagen, Dr. Ulrich Hackenberg berkata, teknologi kereta model tersebut akan berada di pasaran dalam tempoh lima tahun lagi.


Terima kasih kerana membaca Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan