Home » » Johor ubah pendirian

Johor ubah pendirian

"KAMI tidak boleh bayar sehingga RM1 juta." Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung laporan yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta bayaran RM1 juta untuk melepaskan penyerang sensasinya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada Johor.
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, jumlah yang diminta KAFA itu tidak menepati peraturan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
 
Katanya, PBNJ sentiasa merujuk kepada FAM untuk melakukan sebarang tindakan berhubung kedua-dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super dan Johor United yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.
Johor sebelum ini dikenali sebagai Johor FC manakala Johor United pula Johor FA.
 
"Mengikut peraturan FAM, mereka (KAFA) tidak boleh minta sehingga RM1 juta dan lebih untuk kami menebus kontrak Norshahrul.
"Saya kena hormati peraturan yang ditetapkan FAM dan saya tidak akan melanggar syarat-syarat yang telah mereka tetapkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak pemain-pemain Johor dan Johor United di Johor Bahru semalam.
Pada majlis terbabit, seramai 16 pemain telah menandatangani kontrak bersama Johor manakala 24 pemain lagi bersama Johor United.
Antara yang kelihatan, bekas tonggak Harimau Muda yang juga pemain pertahanan, Muslim Ahmad.
Kosmo! semalam melaporkan, KAFA bersedia untuk melepaskan Mat Yo kepada Johor sekiranya PBNJ sanggup membayar nilai kontrak pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu yang dikatakan berjumlah RM1 juta.
 
Tunku Ismail juga bertitah, pihaknya tidak mahu memaksa sekiranya Mat Yo tidak ingin beraksi bersama Johor.
Dalam pada itu, baginda menyatakan, pemain import, Andre Francisco Da Silva yang beraksi bersama Johor FA dalam saingan liga musim lepas, akan dipindahkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan bersama pasukan Johor.
"Andre mungkin akan bergandingan dengan seorang lagi pemain import, Daniel Gonzalez Guiza," katanya.
Menurut Tunku Ismail, Guiza yang merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008, dijangka tiba untuk menandatangani kontrak esok.


Terima kasih kerana membaca Johor ubah pendirian. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan