SYDNEY: iPad mini membuat kemunculan sulung di Australia hari ini ketika Apple tampil memberi saingan terhadap Amazon, Google dan Samsung dengan versi tablet kecil tetapi jualan permulaan di negara ini agak lembap.
Berbeza ketika peminat setia gajet beratur berhari-hari untuk mendapatkan generasi terbaru iPhone 5 di merata kedai barangan teknologi di sekitar Sydney, tidak ramai yang teruja untuk mendapatkan iPad mini.

"Nampaknya ramai yang menempah menerusi dalam talian," kata seorang pembeli.
iPad mini akan dilancarkan di lebih 30 negara di Asia dan Eropah selepas diperkenalkan di Amerika Syarikat, Jumaat lalu. - AFP
0 Komen:
Catat Ulasan