Home » » SafeCam PDRM diperkenal

SafeCam PDRM diperkenal

Johor Bahru: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan program SafeCam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan jenayah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sebagai permulaan, program yang dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan penduduk, syarikat korporat dan pemilik premis persendirian itu akan dilaksanakan di Parlimen Johor Bahru sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
Ia, katanya, membolehkan polis meluaskan akses dan pemantauan menerusi 19,336 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di seluruh negeri.

"Menerusi program ini, polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan terbabit. Ahli SafeCam PDRM menyediakan CCTV dengan kos sendiri mengikut syarat ditetapkan serta menyediakan akses visual jika diminta. Projek ini sama dengan kaedah digunakan di United Kingdom membabitkan kerjasama London Met dan peniaga.

"Malah di New York dan Sweden, kerjasama sebegini juga diadakan bagi menangani jenayah serta meningkatkan keselamatan," katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Program SafeCam PDRM dan penyerahan geran kepada persatuan penduduk Johor Bahru Selatan, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar.

MoU ditandatangani Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dengan empat syarikat yang menjadi ahli SafeCam PDRM iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Iskandar Investment Bhd (IIB), UEM Land Bhd (UEM Land) dan IDR Resorts Sdn Bhd (IDR Resorts).
IRDA diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim; UEM Land oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim; IDR Resorts oleh Pengerusinya, Datuk Tunku Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan dan IIB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Ir Khairil Anwar Ahmad.

Pada majlis sama, KDN menyumbang RM100,000 kepada 10 persatuan penduduk di Parlimen Johor Bahru dan menyampaikan CCTV. Sumbangan itu sempena pengumuman Bajet 2013 yang melayakkan 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menerima geran RM10,000.

Hishammuddin berkata, SafeCam PDRM mampu mencegah jenayah dan menanam rasa selamat masyarakat serta membolehkannya menjadi rujukan siasatan polis kerana rakaman video dapat disimpan selama 30 hari.


Terima kasih kerana membaca SafeCam PDRM diperkenal. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan