Home » » Pelajar UTeM berdaya saing

Pelajar UTeM berdaya saing

MELAKA – Sejumlah 72 peratus pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat pengajian.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, kadar peratusan berkenaan membuktikan pelajar UTeM berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.
"Walaupun kadar peratusan ini tinggi, kita menyasarkan ia terus meningkat sehingga mencecah kadar lebih 80 peratus.
 
Pusat Penempatan Pekerjaan
 
"Pelbagai inisiatif telah diambil bagi mencapai sasaran ini antaranya, program Pusat Penempatan Pekerjaan dengan beberapa industri di negara ini, menjemput wakil-wakil industri ke universiti dan mendedahkan para pelajar tahun akhir dengan kemahiran insan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen ke-8 UTeM di Kampus Induk Durian Tunggal di sini semalam.


Terima kasih kerana membaca Pelajar UTeM berdaya saing. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan