Home » » Latihan khas siswazah menganggur

Latihan khas siswazah menganggur

KUALA LUMPUR – Siswazah menganggur kini diberi peluang unik mengikuti program latihan selama enam minggu tajaan kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan.
Dikenali sebagai Graduate Career Accelerated Programme (GCAP), program tersebut menawarkan latihan peningkatan kemahiran untuk mencerahkan peluang siswazah diambil bertugas dalam industri perkhidmatan.
 
Program latihan berkenaan mengutamakan pemberian pengalaman dan bersifat interaktif untuk memberi kelebihan istimewa kepada peserta, di samping mempersiap lepasan universiti untuk menghadapi cabaran pasaran kerja yang amat berdaya saing kebelakangan ini.
GCAP ditaja TalentCorp iaitu sebuah badan di bawah Pejabat Perdana Menteri yang diurus My-Partners Sdn. Bhd. dan disusun serta dilaksanakan oleh Scicom Education Group


Terima kasih kerana membaca Latihan khas siswazah menganggur. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan