Home » » Jentera Red Warriors kekal konsisten

Jentera Red Warriors kekal konsisten

KELANTAN melabuhkan musim cemerlang mereka dalam saingan Liga Malaysia dengan kejuaraan treble selepas menewaskan juara Liga Perdana 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi

Sebelum ini pasukan kendalian Bojan Hodak telah mengisi kabinet trofi gergasi Pantai Timur itu dengan kejuaraan Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0 diikuti kejayaan mengekalkan kejuaraan Piala Liga Super di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Ikuti analisis Sinar Harian bahagian jentera kedua-dua pasukan hebat perlawanan penutup tirai kejohanan berprestij bola sepak negara untuk musim ini.

Penjaga Gol
ATM  (6), Kelantan (9)
Dua gol masing-masing jaringan pemain tengah ATM, Rezal Zambery Yahya dan pemain import Marlon Alex James nyata ujian sebenar kepada Khairul Fahmi Che Mat, namun pengalaman beraksi di peringkat domestik dan antarabangsa aset terbaik penjaga gol muda ini. Manakala Mohd Farizal Harun mengekalkan tahap konsisten apabila menghalang cubaan berbahaya  peledak The Red Warriors, namun melepaskan dua gol mudah jaringan Norshahrul Talaha sesuatu yang pastinya akan diingat penyokong The Gladiators.

Pertahanan
ATM (6), Kelantan (9)

TANPA kelibat S Subramaniam yang cedera kemudian digantikan Rizal Fahmi, benteng Kelantan dikemudi Obinna Nwaneri  tetap kukuh mengekang asakan diketuai Marlon, Hairuddin Omar dan Bruno Martelotto.
Manakala ATM jentera pertahanan gagal mengunci kelincahan Norshahrul dan Indra Putra Mahiyudin menyebabkan kedua-dua pemain ini bebas bergerak dalam kawasan pertahanan sehingga mengundang padah.

Tengah
Selangor (6), Kelantan (9)

Tanpa Norfarhan, hasil percaturan taktikal The Red Warriors lebih berbisa menerusi beberapa percubaan berbahaya hasil gerakan  Indra Putra hingga mengancam kubu ATM.

Manakala jentera tengah ATM  dikemudi  Bruno kurang menyengat apabila dikunci pertahanan lawan sehingga menyukarkan mereka melakukan gerakan membantu jentera serangan menghasilkan jaringan.


Serangan
ATM (8), Kelantan (9)

Sememangnya malam final Piala Malaysia 2012 musim ini untuk Norshahrul apabila penyerang yang kurang menyengat kembali menyengat dengan dua gol tanpa kehadiran Ghaddar .

Manakala jentera penyudah ATM, gandingan Marlon dan Hairuddin lebih menyengat pada aksi final ini, namun kehebatan Khairul Fahmi memastikan benteng terakhir Kelantan hanya bolos dua gol malam kelmarin.


Terima kasih kerana membaca Jentera Red Warriors kekal konsisten. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan