Home » » BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit

BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit

BMW Group Malaysia (BMW) menyasarkan jualan keseluruhan model edarannya mencecah kira-kira 6,000 unit tahun ini berbanding 5,400 unit tahun lalu bersandarkan kepada sambutan pembeli di negara ini dalam segmen kenderaan mewah.
Pengarah Urusannya, Gerhard Pils berkata, ketika ini pihaknya hampir mencatatkan jualan keseluruhan menghampiri 5,400 unit dan pengenalan model berteknologi tinggi dalam kejuruteraan BMW meningkatkan lagi pembelian kenderaannya tahun ini.

Beliau berkata, kedudukan BMW di pasaran tempatan turut dilihat semakin kukuh apabila mencatatkan hampir 40 peratus penguasaan pasaran, sekali gus menerajui pasaran dalam segmen premium.
"Kecanggihan kejuruteraan kenderaan yang dilaksanakan BMW semakin berkembang mengikut keperluan pengguna dan hari ini, kami turut memperkenalkan dua model sedan hibrid, BMW Active Hybrid 3 dan BMW Active Hybrid 5 yang akan merancakkan lagi inovasi penciptaan dalam BMW. "Kami menjangkakan kedua-dua model ini mampu dijual melebihi 20 unit pada suku pertama tahun depan dan penerimaan baik masyarakat Malaysia kepada kenderaan hibrid menambah lagi keyakinan kepada syarikat," katanya pada majlis pameran inovasi BMW di Kuala Lumpur.

BMW Active Hybrid 3 dijual pada harga di atas jalan (OTR), tanpa insurans dengan BMW services ialah RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 pula ditawarkan pada harga RM648,800 seunit. Kedua harga model berkenaan dilengkapi enjin enam silinder berkuasa BMW TwinPower Turbo.


Terima kasih kerana membaca BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan