Home » » Banglo runtuh di seksyen 7 Shah Alam - mang ke 6 d temui

Banglo runtuh di seksyen 7 Shah Alam - mang ke 6 d temui

SHAH ALAM — Seorang lagi mangsa runtuhan konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini berjaya diselamatkan pasukan penyelamat pada 10.15 malam tadi.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai Kasmuji, dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dia ditemui selepas kren kedua digunakan dalam operasi menyelamat.
Operasi menyelamat masih diteruskan untuk mencari dua lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit banglo yang sedang diubah suai itu.
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Seorang mangsa iaitu Ghadami berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan kaki kanan kesan terkena serpihan runtuhan banglo itu.
Tiga mangsa lain yang dikenali sebagai Waras, Arifin dan Kabir berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, mayat Otok Hamid Anthony akan dibedah siasat.
Kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an adalah warga Indonesia


Terima kasih kerana membaca Banglo runtuh di seksyen 7 Shah Alam - mang ke 6 d temui. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan