Home » » Apple dijangka lancar iPad baru lebih kecil

Apple dijangka lancar iPad baru lebih kecil

New York: Desas-desus mengenai pelancaran iPad Mini oleh Apple yang sudah tersebar secara meluas dijangka berlaku pada 23 Oktober ini, kata laman web teknologi Dow Jones, AllThingsD.

Sejak berbulan-bulan lalu, laporan sudah tersebar bahawa Apple akan melancarkan versi yang lebih kecil daripada iPad yang terkemuka di pasaran, namun syarikat itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan itu, memetik orang biasa dengan rancangan Apple,; berkata, satu majlis yang kehadiran tetamu hanya menerusi jemputan akan diadakan pada Selasa, memecah tradisi syarikat yang mengadakan pengumuman pada Rabu.

Jika perkara itu benar, ia akan berlaku tiga hari sebelum pelancaran tablet baru Microsoft dan dua hari sebelum Apple melaporkan pendapatan suku tahun.

The Wall Street Journal, yang juga sebahagian daripada Dow Jones, sebelum ini melaporkan bahawa Apple sudah memulakan pengeluaran sebanyak 10 juta iPad baru.

Pelbagai laporan sudah menyatakan mengenai spesifikasi tablet baru itu dan beberapa gambarnya juga sudah bocor. Ia dijangka mempunyai skrin 7.85 inci (20 sentimeter) berbanding dengan 9.7 inci bagi iPad sekarang.


Terima kasih kerana membaca Apple dijangka lancar iPad baru lebih kecil. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan