Home » » Adam akan dibawa ke HKL

Adam akan dibawa ke HKL

SIBU: Ahmad Adam Syukri Suherma, bayi berusia tujuh bulan yang menghidap kerosakan saraf otak dijangka diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok atau lusa bagi membolehkannya mendapat rawatan lanjut.
Adam sepatutnya diterbangkan ke ibu negara hari ini, namun doktor membatalkan penerbangan itu kerana doktor mendapati keadaan Adam masih belum stabil.

Ibunya, Noraisah Mohamad Malena, 27, berkata, bayinya kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sibu, sejak dipindahkan dari Hospital Sarikei, Sabtu lalu.
Katanya, ketika dimasukkan ke Hospital Sarikei, Selasa lalu, keadaan Adam amat lemah menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Sibu.

"Hari ini, dia menunjukkan pergerakan positif, tetapi masih memerlukan mesin bantuan hayat untuk membantu pernafasannya.

"Tekanan darahnya pun tidak naik dan malam tadi (semalam) dia menerima tambahan darah lagi. Sebab itulah penerbangannya ke Kuala Lumpur dibatalkan hari ini (semalam)," katanya.
Noraisah berkata, beliau difahamkan, pihak hospital masih dalam proses menstabilkan bayinya itu dan berdasarkan maklumat diberikan kepadanya, keadaan Ahmad Adam semakin bertambah baik petang semalam dan Adam bakal dibawa ke ibu negara selepas dibenarkan doktor.


Terima kasih kerana membaca Adam akan dibawa ke HKL. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan