Adakalanya kita sukar untuk membuat keputusan atau penilaian kepada sesuatu perkara.Ini ditambahkan lagi apabila berita yang dilaporkan tidak tepat ataupun mempunyai versi yang berbeza-beza.Perkara ini biasanya sering terjadi kepada berita-berita yang berkaitan dengan politik.
Rasanya semua orang sudah mengetahui perkara ini.Surat khabar dan TV biasanya lebih suka menyebarkan berita pro -kerajaan dan berita yang dipaparkan biasanya akan menunjukkan berapa bagusnya kerajaan jika dibandingkan dengan pembangkang.Namun begitu ada sebelah pihak lagi contohnya MalaysiaKini lebih suka menyebarkan berita pro-pembangkang.
Kedua-dua pihak ini akan menggunakan apa cara untuk menutup kelemahan masing-masing dan mencari kelemahan pihak lawannya.Contoh yang terbaru adalah isu Mat Sabu.Satu pihak mengatakan kakinya patah sebab dilanggar dan di pihak yang satu lagi mengatakan mat sabu hanya berlakon.Yang mana satukah berita yang asal atau yang betul?
Mana satu berita yang betul?Bagi rakyat Malaysia yang tidak fanatik kepada mana-mana parti politik macam saya ini,saya ingin tahu kebenaran dan bukan konspirasi yang dibuat oleh mana-mana pihak.Saya berpendapat ramai lagi penduduk Malaysia yang ingin tahu kebenaran mengenai perkara ini.Dimana kita ingin dapatkan berita yang betul?
Sekiranya kita hanya membaca surat khabar atau melihat berita di TV,pasti mereka akan berpendapat Mat Sabu berlakon dan sekiranya kita hanya membaca Harakah atau MalaysiaKini,pasti kita akan kata polis begitu kejam kerana sanggup melanggar Mat Sabu.Semua ini banyak mengelirukan rakyat Malaysia.Kita tidak tahu sumber mana yang harus kita percayai.
Orang kata Polis bertindak kejam semasa perhimpunan BERSIH,saya tak percaya sebab benda itu boleh dimanipulasikan oleh golongan tertentu.Begitu juga dengan kes Mat Sabu.Jika tunjuk X-Ray pun sukar untuk dipercayai.Dimanakah kebenarannya?
Kesimpulannya berita-berita yang berat sebelah seumpama ini banyak mengelirukan pembaca.Diharap pihak media boleh menyediakan berita yang lebih telus tanpa berpihak dimana-mana parti politik.Barulah berita yang disampaikan itu benar dan diterima oleh rakyat Malaysia.
0 Komen:
Catat Ulasan