Hari ini saya baca mengenai keluhan hati Salih Yaacob di Berita harian dan sedikit sebanyak rasa terkilan dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Salih Yaacob ini…
Semuanya bermula dengan segmen selingan semasa konsert Maharaja Lawak Akhir pada hari jumaat yang lepas.
Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.
Tambahnya lagi:-
"Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa."Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?" pertikai Salih kembali.
Adakalanya tidak semua benda yang boleh kita jadikan bahan jenaka.Mungkin bagi kita ianya jenaka tetapi bagi orang yang dikenakan itu macam mana?Adakah dia akan beranggapan bahawa itu sedar lawak?Belum tentu.Sensitiviti tetap perlu dijaga walaupun bagi ia sedar untuk bergurau ataupun berlawak.Tak gitu rakan-rakan?
Radio Suria FM sudah dua hari bercerita mengenai isu poligami ini.Macam-macam cerita yang boleh didengar.Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.Biasanya,semua ada alasan masing-masing.Betul tak?
Cuma saya tertarik dengan statement di artikel mengenai Salih Yaacob di Berita Harian itu yang berbunyi:-
TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.Sumber:Berita Harian
0 Komen:
Catat Ulasan