Tadi saya check email dan terlihat satu email daripada Cimb Bank.Hairan juga kerana sudah lama saya tidak menggunakan dan akaun itu sudah tidak aktif lagi.haha…bila lah nak gi aktifkan semula ni?
Okay juga kalau nak pergi aktifkan.Boleh juga pergi buat Debit Kad Cimb.Susah lah jika hanya ada satu debit kad.Yang Affin bank tu macam bermasalah sahaja.Insya-Allah,nanti pergi buat yang cimb lak.=)
Semasa saya membuka email sebentar tadi,saya terlihat satu email dari CIMB seperti dibawah ini:-
Terfikir,aik bukan ke akaun ini dah tak aktif?Staf CIMB cakap kena pergi ke CIMB dulu baru boleh aktifkan akaun sebab akaun ini lama tidak digunakan.Tetapi kena pula boleh dapat masej seperti ini.Hairan….
Bila saya klik pada link yang diberikan,ia akan redirect ke http://www.uniform-net.jp/onlineshop/images/cimbsslupdate/Login.html .Kat situ dah rasa syak sesuatu sahaja.Betul tak?Kenapa dia redirect ke tempat lain?tak seperti yang terdapat di dalam email itu.
Kemudian saya search di Google untuk mencari URL sebenar CIMB Clicks dan terjumpa lah link seperti gambar dibawah ini.Cuba perhatikan betul-betul.Sebijik kan??Jika tidak berhati-hati pasti akan tertipu kan?
Saya perasan beberapa perkara diantara CIMB yang betul dan pastu antaranya adalah:-
- URL Page Login Yang Berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
- Form Login Adalah berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
- Page yang pastu ada logo CIMB Group,CIMB dan CIMB ISLAMIC tetapi yang betul tidak ada.
Jadi,untuk membuat confirmation mengenai perkara ini,saya akan hantarkan link entri ini kepada CIMB untuk mengetahui feedback daripada mereka.
0 Komen:
Catat Ulasan