Panduan badan langsing dan sihat!


Semua orang inginkan berat badan yang idealkan. Kita akan jadi risau jika berat badan kita semakin hari semakin meningkat. Badan kita semakin membesar,seluar, kain baju kita makin hari makin tak berapa nak muat.Jika kita timbang,alat penimbang menunjukkan bacaan yang semakin bertambah. Mesti kita gelabahkan, risau,tiap-tiap hari kita akan fikir macam mana nak turunkan berat badan kita.


Betul tak??..Macam mana nak turunkan berat badan saya ni..


Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk kita menurunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan. Semoga perkongsian sihat ini dapat membantu anda semua yang inginkan berat badan yang ideal dan cantik mengikut keinginan kita semua.


Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan
Macam mana nak turunkan berat badan saya ni...

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untukmenurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


1)Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.


2)Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.


3)Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.


4)Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.


5)Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.


6)Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.


7)Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.


8)Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.


9)Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10)Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.


11)Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


Bagi mendapatkan panduan berat badan yang ideal dan berkesan ini, anda boleh rujuk di laman web






Di dalam teknik bakar lemak pantas ini, akan diterangkan cara yang lebih terperinci lagi bagaimana menurunkan berat badan dengan sihat dan berkesan.

Sekian,semoga kita semua sihat dan ceria sentiasa. Dapatkan panduan untuk menjimatkan bil elektrik anda.


Terima kasih kerana membaca Panduan badan langsing dan sihat!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan